Thursday, 24 November 2011

Selamanya !!


Anak garuda terbang beribu,
Hinggap sebalas di tengah laman,
Mati sepuluh du hujung kuku,
Satu memekik taring di badan,

anak garuda terbang melayang,
anak harimau berlari-lari,
bola di sepak jgn disayang,
pastikan Malaysia terus dihati,


Membela ikan, sepat dikurung,
Belida berenang, ada di sawah;
Dua pasukan hebat bertarung,
Ada yang menang, ada yang kalah.

Tidak ku sangka, tidak ku duga,
PENYOKONG MALAYSIA penyokong setia,
telah cedera para garuda,
berbangga kita di tanah jawa.

Biji muda biji tanaman,
Di batas padang biji semaian;
Sebiji bola jadi taruhan,
Di atas padang jadi rebutan.

burung garuda telah diratah,
singa sebelah sudah cedera;
jgn kita mudah mengalah,
kerna kejayaan tidak datang segera.

lawan datang dgn garangnya,
harimau menjeling dgn santainya,
hajat lawan nk menang bergaya,
harimau tak gentar itu pastinya.

Liputan menyeluruh dari media,
Sebaran berita untuk rakyat di sana,
tak kira Malaysia bertemu siapa,
pastinya jaring terkoyak jua.


SELAMANYA HARIMAU MALAYA !!

#bukan semua pantun rekaan sendiri,
copy paste perkara biasa
harap dimaafi diri ini
kerna selamanya tetap MALAYSIA

No comments:

Post a Comment