Sunday 19 August 2012

Salam lebaran

salam syawal utk semua !.. lama dah tak update blog kawan nie..masa tak berkesempatan.. keje memanjang.. nie cuti sekjb sempat ler meng-udate-kan blog ni.. Bulan Syawal..bulan kemenangan bagi seluruh umat islam.. alhamdulillah puasa pada bulan Ramadhan dpt kita tempuh.. 1syawal masa aku hanya dirumah.. menunggu sanak sedara dtg ke rumah.. maklum lahh kawan ddk rmh pusaka arwah nenek kawan., jadi kawan takleh nak lari kemana lahh first syawal nie.. tp syawal kali ini ada sidikit perbezaan.. dulu masa bergelar pelajar mama support dari ujong rambot smpi ujuong kaki sejak dah kerja sndri semua beli sndri.. pening bila nak raya.. apa yang aku beli raya nie..just kasot je..sebab tu yang paling takde.. seluar baju semua guna last year pnye.. yang penting bukan wang ringgit yang kita cari.. asal dpt beraya bersama keluarga itu sudah cukup bg aku.. even kekadang merungut jugaklah., org berjalan kita masih kat rumah.. apa yang aku nak sampaikan cuma SELAMAT HARI RAYA MINTAK AMPUN SALAH DAN SILAP.

Monday 6 February 2012

PONDOK KAMI

Apa yg istimewa tentang pondok..
mungkin bagi org biasa yg tak kenal tak tau..
apa makna,apa cerita,apa kisah di sebalik nama PONDOK KAMI..

bertemankan melodi musik yg lembut,biskut mayat(biskut craker kering),teh O panas,unggun api bakar sampah,dan r*k*k menjadi peneman malam kami.
oldskool giler bagi aku..

pondok menjadi port segala aktiviti..
tgk movie,gosip sana sini,cerita yg telah bertahun berlalu,port meeting..
sungguh menggamit memori bila berbicara tentang hal-hal yg telah bertahun kami tinggalkan.
cerita zaman kanak-kanak,zaman sekolah..

malam minggu,waktu cuti,waktu free..
tidak dihabiskan dgn menggunakan wang ringgit..
apa yg perlu hanya bertandang di PONDOK KAMI..

walaupun sering melepak di PONDOK KAMI..
ceritanya tidak habis..
sentiasa terdapat berita,cerita,gosip terbaru lagi panas..

mungkin biasa saje bagi kamu..
tapi bagi kami situlah tempat yg kami rasa paling cool dan tenang..

ia bagaikan terapi bagi kami jika mendapat masalah..
berkongsi cerita,bertukar cerita..
tiada rahsia antara kami..
segalanya diluahkan disitu..
kami adalah adik beradik..
yg berlainan ibu bapa..haha

dimana PONDOK KAMI?
tiada di tempat lain.
zouk,pavi,bpmall pun tak dpt lawan betapa bestnye melepak di PONDOK KAMI

kami dan pondok tak dapat dipisahkan.
pondok mengeratkan persahabatan kami.
sehingga kami berjanji.
"KAWAN SAMPAI MATI"
pondok kami menjadi saksi..

siapa kami..
kamu tafsirkan sendiri.


#entri kali ni mungkin agak slow.tapi itulah dia.cerita tentang PONDOK KAMI.yg tiada kesudahan.tiada penamat.aku sayang PONDOK KAMI dan MEREKA#

Friday 20 January 2012

20



Happy Birthday To Me.
20.01.2012

umur aku mencecah ke angka 20.
ye..aku skrg dah 20tahun..
lama sudah aku bertapak dibumi ini..

Mmg ramai yg wish aku.
happy birthday lahh.,selamat hari jadi lahh.,selamat hari diberanakkan lah.,selamat itu dan selamat ini..mmg bnyk selamat diorang kat aku..
hahahahah

yg tak boleh belah tu..SELAMAT HARI TUA..
yelahh..aku je yg tua..korang pun masa ny akan tiba lahh..

seiring dgn ucapan selamat tu ada jugak antara mereka yg tnye soalan yg sgt berat aku nak jawab..soalan yg buat lidah aku kelu..terdiam seribu bahasa..
"nie dah tua nie,dah 20 nie bile nak ada awek"

aduh serius aku terkelu lidah nak menjawab..
sana tnye sini tnye..
sakit telinga dgr nye lahh..
haishhh.....
lain kali tnye2 lahh selalu ye bila sy nak ada awek...
haahahah

terpikir jugak..umur semakin meningkat..tp tulahh..entah bila waktu nye nak tiba..
mana ada manusia yg taknak bercinta kan..
mana ada manusia yg taknak berkasih dan dikasihi kan..
so skrg masih menunggu masa saat dan waktu yg sesuai..
jodoh pertemuan ditgn Allah..

selama 20 tahun hidup bnyk dah perkara baik,buruk,manis,pahit yg terjadi..
selama 20 tahun nie jugak bnyk mengajar aku erti kehidupan..
selama 20 tahun nie aku mengumpul segala pengalaman..

hari-hari yg bakal aku lalui mungkin sukar,mungkin senang.
siapa tahu kan..
aku hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segala urusan...


terima kasih dan syukur ke hadrat Ilahi yg telah membenarkan aku hidup sampai skrg.
terima kasih kpd parents sy yg telah menjaga sy selama 20 tahun nie..
terima kasih kpd kawan-kawan yg bertahan utk kwn dgn aku..
terima kasih semua...

yg buat aku sedikit happy ialah si dia..
bukan makwe..
die "stalker" yg baru tahun nie "tegur" aku...
dan die membuatkan hati aku berbunga kembali utk bercinta setelah sekian lama..
dah cukup.,pasal die entri seterusnya okay..heehehh
skrg tgh kwn2 dulu..paham..baru kenal kot..

okay lahh..cukup..mcm pnjg je nie...

ape yg aku nak ckp sebenornye ialah..

UMUR AKU DAH 20
TERIMA KASIH KPD SEMUA YG WISH.

Tuesday 10 January 2012

Kelebihan orang bujang

Kewangan
Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.

Kawan
Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.

Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu
Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.

Tidak banyak masalah
Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.

Kurang tanggungjawab
Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.

Artikel ini hanya untuk pasangan couple bukannya dah berkahwin XD
yg sbnarnya bukan sengaja pilih single..
takde jodoh lahh.

Saturday 7 January 2012

Luahan Hati

Langkah ku makin panjang menuju arah itu..
aku pasti disana kau menunggu..

aku masih lagi mencari dan mencari mereka yg sudi..
aku masih lagi menunggu kedatangan apa yg org panggil..
soulmate..#awek lahh kalau tak paham#

siapa yg tak nak menyayangi dan disayangi.right?
begitu jugak aku..

tapi aku tetap bersabar dalam mencari siapakah gerangan "si dia"
bukan taknak.,
bukan takde calon..
cume belum berjumpe dgn gadis yg sesuai dgn hati dan perasaan *cewahh madah..

kawan-kawan aku merata berkata
"aku dah kau bila lagi"
"sabarlah pasti ada untuk kau"
#menyirap jugak dgr#

ada jugak kawan-kawan suruh usha yg ini.,
usha yg itu..
tp yg nak diusha tu subhanaallah..
weii ! bukan memilih tapi kan..
namanya pun aku cari utk menjadi teman hidup utk selamanya.
so please reccomend kan aku yg cantik molek..
cantik bermaksud fizikalnya.,biar cantik mata memandang.
org nmpk nnt die ckp "cantik org rumah"
molek bermaksud dari segi perangainya..
org perhatikan nnt die ckp "molek perangai budak nie"

sedangkan dalam islam sendiri ada panduan atau garis panduan utk mencari calon atau teman hidup

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

bukan nak tunjuk kuat agama.tidak. cume nak berkongsi ilmu.

bagi aku jodoh,ajal,pertemuan itu semua ditangan tuhan.
ada sedikit lagi ilmu yg aku nak kongsikan dekat korang-korang nie..

"Jodoh ditentukan oleh Allah S.W.T sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan."
pada masa itu,malaikat tulis nama kita,rezeki kita,kerja apa,kahwin atau tidak,cerai atau kekal,anak berapa dan semua tentang diri kita..

takkan lari gunung dikejar.right?

#lebih selesa hidup single pada masa sekarang..tp kalau ada "puteri yg ingin bertandang ke taman hati ini,dipersilakan...

takde apa lagi yg nak aku taip sekarang..
apa yg aku mampu lakukan..usaha utk mencari si dia,dan berdoa agar dia cepat hadir utk mewarnai hidup aku..

Monday 2 January 2012

GEMBIRA


gembira boleh ditakrifkan sebagai bahagia..
gembira ialah satu sikap manusia apabila mengetahui berita gembira,perkara yg menyenangkan hati dan berita baik.

apa sebenarnya nak aku ceritakan??

cerita pasal kawan-kawan aku yg gembira dgn org tersayang..
aku happy bila tgk mmber-mmber satu line nie dahh ada awek..
sebab bila diorang happy aku pun turut happy..

first teman rapat aku..
entah berapa lama entah dia usha awek die tu..aku sendiri tak ingat..
tp setelah segala usaha..akhirnya ia membuahkan hasil..
skrg mereka telah bersama berdua..
timing yg sgt ngam..
mereka declare time..
New Year geng..

second teman rapat aku..
kawan sampai mati..
mereka dah berkawan lama jugak..
tp mmber aku nie tongong..dulu mase belum cple awek die skrg mmg suka die..tp die sibuk cari mata air lain..
first puasa..segalanya diluahkan..baik pada pihak lelaki mahupun perempuan..
maka mereka declare pada first puasa 1.8.2011

mereka sudah berpunya akhirnya..
aku telah melepaskan mereka..
dulu aku jaga diorang..
diorang jage aku..
tp skrg..
pasangan dioranglahh jaga diorang...
dan aku akan terus jaga diri sendiri...
keje aku skrg hanya perlu tgk-tgk kan mereka shj..
kerana mereka telah ada PENJAGA/ANGEL memasing..

Nafis Selamat....
TAHNIAH...ape pun kita kawan sampai mati kan..

Muhammad Danial Shahzaimy
TAHNIAH...kawan sampai mati..

aku cume mendoakan korang terus bahagia..

AKU..
terus mencari dan mencari mereka yg sudi...


#geng.guwa suka.guwa happy.guwa seronok bila lu semua dah berpunya..
mean aku tak perlu jaga korang lagi..

AKU GEMBIRA.